geosebar@penang.gov.my 04-56505402 Faks 04-2636223

Terma & Syarat

  • Adalah saya dengan ini mengaku bahawa perhatian saya telah ditarik kepada peruntukan-peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972(Lampiran 1) dan bahawa saya faham sepenuhnya akan segala yang dimaksudkan dalam Akta itu. Khususnya saya faham bahawa menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah, sesuatu benda rahsia, tidak menjaga dengan cara yang berpatutan sesuatu rahsia atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau rahsia sesuatu benda rahsia adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta tersebut, yang boleh dihukum maksimum penjara seumur hidup.
  • Saya faham bahawa segala maklumat rasmi yang saya perolehi dalam perkhidmatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau perkhidmatan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia, adalah milik Kerajaan dan tidak akan membocorkan, menyiarkan, atau menyampaikan, sama ada secara lisan atau dengan bertulis, kepada sesiap jua dalam apa-apa bentuk, kecuali pada masa menjalankan kewajipan-kewajipan rasmi saya, sama ada dalam masa atau selepas perkhidmatan saya dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau dengan mana-mana Kerajaan dalam Malaysia dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis pihak berkuasa yang berkenaan. Saya berjanji dan mengaku akan menandatangani suatu akuan selanjutnya bagi maksud ini apabila meninggalkan Perkhidmatan Kerajaan.
  • Bahawasanya saya berjanji akan menggunakan data digital/bahan cetakan seperti yang dinyatakan di atas sahaja. Saya akan bertanggungjawab penuh ke atas keselamatannya. Data-data ini tidak boleh diserah atau dijual kepada mana-mana agensi kerajaan, swasta atau individu yang mempunyai kepentingan tertentu tanpa kebenaran bertulis daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Data-data perlu dimusnahkan apabila selesai tujuan penggunaannya. Sekiranya berlaku sebarang kecuaian yang mendedahkan data-data ini kepada pihak ketiga, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap saya.
  • Saya akan melaporkan dengan serta merta kepada Balai Polis yang berdekatan jika dokumen geospatial terperingkat yang dibekalkan itu hilang. Satu salinan laporan polis tersebut akan saya hantar kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. selewat-lewatnya dua (2) minggu daripada tarikh laporan dibuat.
  • Saya akan mengedarkan satu (1) salinan dokumen geospatial dengan percuma kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, jika saya mengulang kaji, menyusun, mendigit atau mengimbas dengan menggunakan dokumen geospatial yang diperolehi itu setelah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pemetaan Negara untuk berbuat demikian.
  • Saya memahami bahawa Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa jua kehilangan, kerugian, kerosakan, pengurangan mutu atau kualiti, termasih tanpa batasan, kerugian khusus, tidak langsung atau berbangkit yang timbul daripada atau berkaitan dengan penggunaan atau kebergantungan data atau maklumat berdigit/bercetak yang terkandung di dalamnya, sama ada melalui tindakan dalam kontrak atau tort atau selain daripadanya tidak kira bagaimana jua sekalipun.